Thursday, 26 February 2015

MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

        Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi sesuatu yang penting dan semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan kini mula digunakan dalam bidang pendidikan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan kini semakin dititik beratkan oleh kerajaan. Dipercayai dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pendidikan.
Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) memberi manfaat serta impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat pelbagi masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini.
Definisi Teknologi Maklumat
          Teknologi maklumat merupakan satu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Pada masa kini, istilah teknologi maklumat telah diperluaskan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai TMK.
            Menurut Senn(1998) teknologi maklumat mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Ketiga-tiga komponen ini tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika kita tidak pandai menggunakannya.
Kekangan Yang Dihadapi Guru
          ICT merupakan sesuatu yang baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu, untuk merialisasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran, terdapat masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Permasalahan yang timbul dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran bahasa antaranya ialah:
·         Tahap kemahiran guru
·         Penerimaan guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
·         Kekangan dalam menghabiskan sukatan pelajaran
·         Kemudahan teknologi tidak mencukupi
·         Sistem selenggaraan yang kurang cekap
Tahap kemahiran guru
          Dalam pendidikan hari ini, penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan ICT ini  dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan baik. Para pelajar dapat mencari maklumat  dan bahan-bahan pembelajaran dengan mudah dan cepat dengan menggunakan alat teknologi seperti komputer, internet dan sebgainya.
            Untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaraan bahasa, seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik. Walau bagimanapun, masih kurang guru yang benar-benar mahir dalam bidang tersebut. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana penginterasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Guru-guru yang tidak mahir juga akan hilang keyakinan untuk melaksanakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas atau di makmal komputer.
Kekangan masa dalam menghabiskan sukatan pelajaran
          Kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menghabiskan silibus menghalang guru-guru  menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud kerana guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelengara peralatan serta kadang kala menghadapi masalah dalam melayari internet.
Kemudahan teknologi tidak mencukupi
         Bagi merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan komputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan ini menyebabkan sukar bagi guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.
Sistem Selenggaraan yang Kurang Cekap
            Sistem penyelenggaran bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak  dapat dilaksanakan dengan baik.  Peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga menjadi punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.

Penutup
         Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang penting yang perlu dipraktikkan oleh guru-guru. Usaha ke arah pengintergrasian ini memerlukan sokongan daripada pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak.  Pada masa kini guru-guru tidak dapat mengelak daripada penggunaan ICT sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam pengurusan data-data murid di sekolah. Oleh itu, guru-guru harus berusaha mempertingkatkan kemahiran diri dalam bidang ICT sejajar dengan perubahan pendidikan masa kini.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ABSTRAK


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam penajaran dan pembelajaran (P&P) dikalangan guru.Kajian ini menggunakan teknik tinjauan temubual dan cerapan terhadap guru.Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif .Dapatan kajian mendapati guru - guru kurang menggunakan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia.


PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidangh sains dan matematik seharusnya menggunakan peralatan  terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)yang menggunakan papan hitam dan kapur bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer , bahan eletronik , LCD ,Kamera video dan sebagainya.

Dalam era digital ini , komputer digunakan untuk menyelesaikanpelbagai masalah.Salah satu penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer.Dinegara kita , pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang.

Guru dan pelajar digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk pengajaran sains dan matematik serta bahasa inggeris yang dibekalkan oleh KPM guru - guru  boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh KPM menurut Kassim Abbas (2006).

CD-ROM atau ingatan baca sahaja , cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P.Penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan, malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dibawa.Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan.

KEPENTINGAN INTERNET KEPADA  GURU

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Menurut Abd Rahim Mohd Saad (1996) abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, industri dan sektor pedagangan.

Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.Penggunaan internet memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Antara kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :
1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.

2)Mengubah pengalaman pembelajaran :
Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.Oleh itu pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi.Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.Secara amnya menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha kearah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Adalah menjadi tanggungjawab intitusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.OLeh yang demikian,pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak.Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.