Thursday, 26 February 2015

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ABSTRAK


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam penajaran dan pembelajaran (P&P) dikalangan guru.Kajian ini menggunakan teknik tinjauan temubual dan cerapan terhadap guru.Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif .Dapatan kajian mendapati guru - guru kurang menggunakan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia.


PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidangh sains dan matematik seharusnya menggunakan peralatan  terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)yang menggunakan papan hitam dan kapur bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer , bahan eletronik , LCD ,Kamera video dan sebagainya.

Dalam era digital ini , komputer digunakan untuk menyelesaikanpelbagai masalah.Salah satu penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer.Dinegara kita , pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang.

Guru dan pelajar digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk pengajaran sains dan matematik serta bahasa inggeris yang dibekalkan oleh KPM guru - guru  boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh KPM menurut Kassim Abbas (2006).

CD-ROM atau ingatan baca sahaja , cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P.Penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan, malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dibawa.Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan.

KEPENTINGAN INTERNET KEPADA  GURU

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Menurut Abd Rahim Mohd Saad (1996) abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, industri dan sektor pedagangan.

Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.Penggunaan internet memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Antara kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :
1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.

2)Mengubah pengalaman pembelajaran :
Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.Oleh itu pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi.Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.Secara amnya menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha kearah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Adalah menjadi tanggungjawab intitusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.OLeh yang demikian,pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak.Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.


No comments:

Post a Comment