PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN J-QAF
Artikel ini membincangkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran guru j-QAF.Dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran , penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik.Ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan persepsi guru j-QAF terhadap penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran mereka.Hasil kajian mendapati bahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
PENDAHULUAN
Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks masyarakat berpengetahuan ini semakin hari semakin meningkat.
Perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvosional kearah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pengguna modal insan pelajar.
PENGGUNAAN BBM BERASASKAN TMm DALAM PENGAJARAN
Perkembangan semasa pendidikan negara mengambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek P & P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari masa ke semasa.Pengkaji mendatangkan beberapa kajian berhubung dengan penggunaan teknologi komputer dan multimedia.Kajian - kajian ini menunjukkan kepentingan penggunaan BBM berasaskan TMm dikenalpasti dapat meningkatkan keupayaan kompetensi guru .
Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan aspek P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari masa ke semasa.
Tidak dapat disangkal lagi, penggunaan BBM berasaskan TMm menjadi satu kepentingan dalam sistem pendidikan seluruh dunia.Walau bagaimanapun penggunaan BBM secara tradisional masih releven dengan kehendak semasa pendidik.
LATARBELAKANG MASALAH
Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan penggunaannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
Guru bahasa arab menghadapi masalah dari segi kemampuan mengusai penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti bahan mengajar melalui internet , penggunaan slaid dan komputer , grafik , video dan penggunaan gambarrajah. Masalah yang dihadapi ini menggambarkan kelemahan guru dalam menguasai pelbagai BBM bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa arab.Masalah ini juga mempunyai kaitan dengan sesetengah sekolah dimana sekolah tersebut tidak mempunyai prasarana yang diperlukan disamping guru yang memandang ringan tentang penggunaan BBM.
Berdasarkan penyataan masalah ini sekiranya kesediaan guru j-QAF dalam menggunakan BBM berasaskan TMm masih belum di kaji secara menyeluruh samada oleh pihak sekolah , pihak kementerian pelajaran atau para penyelidik lain.Oleh itu sukar untuk mengenal pasti keberkesanan dalam proses P&P serta mutu pendidikan berkualiti.
PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian ini didapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi dalam penggunaan BBM berdasarkan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran.Strategi dan pendekatan menggunakan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru perlu dirangka bagi merangsang dan menyuntik minat pelajar terhadap gaya penyampaian guru dalam bilik darjah.Gaya penyampaian merupakan aspek penting didalam proses pengajaran.
Guru j-QAF harus peka dengan senario yang berlaku dalam dunia pendidikan semasa.Kelebihan media eletronik dalam pendidikan perlu dimanfaatkan oleh guru j-QAF kerana media tersebut membantu dalam mencakup keupayaan input , paparan , penyimpanan , pencarian , penyalinan dab animasi.
Faedah yang diperolehi dengan menjadikan elemen teknologi multimedia sebagai BBM didalam bilik darjah harus dimanipulasikan semaksimum mungkin kerana dapatan hasil kajian menunjukkan banyak kebaikan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu sikap guru -guru j-QAF dalam menerima perubahan ini adalah penting bagi memastikan P&P mereka lebih efektif dan kreatif .Keperluan untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer sebagai BBM berasaskan TMm hendaklah dipertingkatkan agar gruru menjadi lebih kreatif dalam membina bahan yang memudahkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
Berdasarkan kajian - kajian yang lalu tidak dapat disangkal akan kepentingan penggunaan teknologi komunikasi dan teknologi multimedia dalam meningkat dan penambahbaikan proses pengajaran guru dalam bilik darjah.Malah didapati terdapat peningkatan minat dalam motivasi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm.
KESIMPULAN
Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya tinggi.Tidak dinafikan juga terdapatnya beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran.Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor - faktor lain iaitu jantina , lokasi sekolah dan bidang pengkhususan guru tidak memberikan yang signifikan kepada persepsi mereka terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam kalangan guru - guru j-QAF.Hal ini menunjukkan bahawa kemampuan dan upaya guru itu sendiri penting dalam membina persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm disekolah mereka.
RUJUKANSiti Fatimah Ahmad
Abdul Halim Tamun
x
No comments:
Post a Comment