PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
Artikel ini ditulis oleh Prof.Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al - Edrus merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Ustaz Mohd Lutfi Solehan yang merupakan Penolong Pendaftar Fakulti Pengurusan Teknologi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Dakwah merupakan satu amanah ilahi yang bersifat mulia atau sakral.Pekerjaan yang diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi yang lain.Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i didalam menyampaikan syariah Allah kepada ummatnya.Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al bab.
MAKNA DAKWAH
Dari segi bahasa ialah dakwah diambil daripada perkataan arab dan merupakan masdar ( Kata benda ) dari kata kerja da'a yud'u yang bererti panggilan , seruan atau ajakan.
Dalam Kamus dewan ada diberi penjelasan bagi perkataan dakwah, antaranya ialah kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakini secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama islam.Patuh kepada ajaran islam dengan lebih sempurna seperti tingkah laku , pergaulan dan cara berpakaian moden sekarang.
DARI SEGI ISTILAH
Dakwah islamiah sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran , pengembanagn dan pemahaman islam sebagai ad - din yang diamalkan dan diterima pakai.
Setelah diangkat menjadi rasul , Nabi Muhammad melakukan dakwah islam samada secara lisan , tulisan mahupun perbuatan.Pada awalnya dakwah dilakukan secara sembunyi - sembunyi.Selepas pengikut baginda bertambah ramai barulah dakwah secara terang - terangan yang berlaku di bukit Safa'.Setelah baginda wafat , dakwah diteruskan oleh para sahabat dan berkembang seluruh pelusuk dunia.
PERKARA YANG PERLU ADA DALAM BERDAKWAH
Pendakwah hendaklah menguasai ilmu - ilmu asas yang dikenali sebagai fardu 'ain agar terhindar dari celaan masyarakat apabila mengetahui dan mendapati bahawa dakwah yang dihadapinya itu belum bersedia dengan ilmu asas yang dengannya akan mengurangkan penerimaan ,ereka kepada apa jua yang didakwahkan itu.
Penerima dakwah adalah manusia seluruhnya sama ada muslim atau kafir.Tidak semua yg menerima dakwah dan tidak semua yang menolak dakwah.
Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran , penyebaran , penyimpanan maklumat menggunakan teknologi seperti yang diketahui umum.Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkantelevisyen , telefon ,telefon mudah alih , fax dan sistem setelit dalam penyampaian maklumat kepada penerima.
ASAS PENTING DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tebahagi kepada tiga:
1.Teknologi maklumat adalah untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.Copntohnya menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi.
2.Memanipulasi maklumat dan proses semula imej.
3.Teknologi maklumat digunakan untuk komunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
KESAN ICT DALAM DAKWAH
1.KESAN POSITIF
- Keupayaan menghantar ,menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluaskan.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan dakwah dan sasarannya sahaja, malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik - bilik seminar dan bukan lagi disempadani batu - batu dan kayu, sebaliknya dialam maya.
- Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat dan mudah dengan adanya email, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara , masa dan ruang. Penggunaan dakwah melaui multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia samada yang berada didalam nagara mahupun diluar negara.
2.KESAN NEGATIF
PENGARUH BUDAYA ASING
- Terdapat unsur - unsur negatif yang menular termasuklah dalam budaya tempatan.Ini menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksplotasikan oleh fahaman - fahaman yang menyimpang dari ajaran islam sebenar.
MENJEJASKAN KESIHATAN
- ICT mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan kenser barah dan keguguran kandungan.
KESAHIHAN MAKLUMAT
- Maklumat yang tepat dan benar adalah penting untuk menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan kepalsuan fakta terutama dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.Oleh itu seseorang perlu merujuk sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan.Rujukan maklumat semata - mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
PELAYARAN WEB NEGATIF 2.2
- Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah , nilai , keperibadian , dorongan terhadap jenayah seksualiti , masalah perundangan , perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
KEPERLUAN NILAI DAN ETIKA DALAM DAKWAH ICT
- Kehadiran ICT merupakan media yang dapat dihindari.Ini kerana ia telah menjadi satu peradaban baru dalam dunia informasi dan komunikasi di peringkat global.Dengan adanya ICT maka banyak informasi yang dapat diterokai oleh masyarakat diseluruh dunia tidak mengira samada untuk kepentingan peribadi , pendidikan , bisnes dan lain - lain.
NILAI MURNI
- Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina kerohanian , kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat.Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat.
NILAI MORAL
- Merupakan nilai asas dan fundamental didalam pembinaan individu dan masyarakat.Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkankebenaran perlu ditingkatkan didalam masyarakat dewasa ini.
NILAI ETIKA
-Merupakan masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan sosial , membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas yang berhemah.Islam sebagai contoh telah menyediakan asas masyarakat yang beretika.
NILAI KEROHANIAN
- Tidak dapat dinafikan akan kepentingannya.Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan , ketahanan dan peribadi seseorang.Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang.
NILAI BUDAYA
-Nilai -nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa.Budaya masyarakat melayu islam terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat , kepercayaan , tradisi , bahasa , baik hati dan lain - lain lagi.
NILAI JUJUR
- Kejujyran adalah asas dalam pelakuan manusia.Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada keikhlasan dan kejujuran.
PENGGUNA ICT MAKSIMA
-Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam penggunaan mekanisma dakwah .Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran islam.
-Aspek iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membina umat islam yang kuat dan mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapinya.
-Oleh itu, berdakwah melalui ICT dapat dinilai sebagai mekanisma yang efektif dan berpotensi dengan beberapa alasan , antaranya mampu melangkaui batasan ruang dan waktu serta berpengaruh dalam penyampaian misi dakwah.
No comments:
Post a Comment