Thursday, 26 February 2015

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

ABSTRAK


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam penajaran dan pembelajaran (P&P) dikalangan guru.Kajian ini menggunakan teknik tinjauan temubual dan cerapan terhadap guru.Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif .Dapatan kajian mendapati guru - guru kurang menggunakan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia.


PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidangh sains dan matematik seharusnya menggunakan peralatan  terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)yang menggunakan papan hitam dan kapur bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer , bahan eletronik , LCD ,Kamera video dan sebagainya.

Dalam era digital ini , komputer digunakan untuk menyelesaikanpelbagai masalah.Salah satu penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer.Dinegara kita , pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang.

Guru dan pelajar digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk pengajaran sains dan matematik serta bahasa inggeris yang dibekalkan oleh KPM guru - guru  boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh KPM menurut Kassim Abbas (2006).

CD-ROM atau ingatan baca sahaja , cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P.Penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan, malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dibawa.Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan.

KEPENTINGAN INTERNET KEPADA  GURU

Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Menurut Abd Rahim Mohd Saad (1996) abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, industri dan sektor pedagangan.

Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.Penggunaan internet memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Antara kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :
1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.

2)Mengubah pengalaman pembelajaran :
Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.Oleh itu pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi.Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.Secara amnya menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha kearah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.


Adalah menjadi tanggungjawab intitusi pendidikan untuk mendidik masyarakat untuk menjadi pelapis yang benar-benar dapat mentadbir negara dengan baik pada masa akan datang.OLeh yang demikian,pendidikan ini perlu dilaksanakan pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak.Penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan pembelajaran adalah suatu yang perlu bagi menarik minat kanak-kanak ini untuk terus menuntut ilmu tanpa mengira sempadan dan segala halangan yang boleh menghalang mereka daripada menuntut ilmu.


Friday, 23 January 2015

VIDEO PEMBELAJARAN



      Semua orang islam tahu membaca surah Al Fatehah tetapi ramai yang tidak tahu akan makna - makna setiap ayat yang dibacakan.

Kawan - kawan semua....

Marilah kita sama - sama membacakan surah Al Fatehah serta maknanya sekali....

Bukan sahaja orang tua yang boleh menghafaz maknanya malah kanak - kanak juga dapat menghafaz dengan mudah kerana dijadikan lagu bagi memudahkan proses mengingat...

Video yang unik ini memaparkan betapa mudah dan senang untuk kita mnghafaz makna bagi surah  Al Fatehah..

Jom tonton untuk kita dan anak - anak..


PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN J-QAF

        Artikel ini membincangkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran guru j-QAF.Dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran , penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik.Ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan persepsi guru j-QAF terhadap penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran mereka.Hasil kajian mendapati bahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

PENDAHULUAN    

Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks masyarakat berpengetahuan ini semakin hari semakin meningkat.
      Perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvosional kearah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pengguna modal insan pelajar.

PENGGUNAAN BBM BERASASKAN TMm DALAM PENGAJARAN


            Perkembangan semasa pendidikan negara mengambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek P & P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari masa ke semasa.Pengkaji mendatangkan beberapa kajian berhubung dengan penggunaan  teknologi komputer dan multimedia.Kajian - kajian ini menunjukkan kepentingan penggunaan BBM berasaskan TMm dikenalpasti dapat meningkatkan keupayaan kompetensi guru .
            Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan aspek P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari masa ke semasa.
Tidak dapat disangkal lagi, penggunaan BBM berasaskan TMm menjadi satu kepentingan dalam sistem pendidikan seluruh dunia.Walau bagaimanapun penggunaan BBM secara tradisional masih releven dengan kehendak semasa pendidik.

LATARBELAKANG MASALAH


          Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian  fungsi dan peranan guru.Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan penggunaannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
           Guru bahasa arab menghadapi masalah dari segi kemampuan mengusai penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti bahan mengajar melalui internet , penggunaan slaid dan komputer , grafik , video dan penggunaan gambarrajah. Masalah yang dihadapi ini menggambarkan kelemahan guru dalam menguasai pelbagai BBM bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa arab.Masalah ini juga mempunyai kaitan dengan sesetengah sekolah dimana sekolah tersebut tidak mempunyai prasarana yang diperlukan disamping guru yang memandang ringan tentang penggunaan BBM.
            Berdasarkan penyataan masalah ini sekiranya kesediaan guru j-QAF dalam menggunakan BBM berasaskan TMm masih belum di kaji secara menyeluruh samada oleh pihak sekolah , pihak kementerian pelajaran atau para penyelidik lain.Oleh itu sukar untuk mengenal pasti keberkesanan dalam proses P&P serta mutu pendidikan berkualiti.

PERBINCANGAN


              Berdasarkan kajian ini didapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi dalam penggunaan BBM berdasarkan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran.Strategi dan pendekatan menggunakan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru perlu dirangka bagi merangsang dan menyuntik minat pelajar terhadap gaya penyampaian guru dalam bilik darjah.Gaya penyampaian merupakan aspek penting didalam proses pengajaran.
              Guru j-QAF harus peka dengan senario yang berlaku dalam dunia pendidikan semasa.Kelebihan media eletronik dalam pendidikan perlu dimanfaatkan oleh guru j-QAF kerana media tersebut membantu dalam mencakup keupayaan input , paparan , penyimpanan , pencarian , penyalinan dab animasi.
Faedah yang diperolehi dengan menjadikan elemen teknologi multimedia sebagai BBM didalam bilik darjah harus dimanipulasikan semaksimum mungkin kerana dapatan hasil kajian menunjukkan banyak kebaikan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu sikap guru -guru j-QAF dalam menerima perubahan ini adalah penting bagi memastikan P&P mereka lebih efektif  dan kreatif .Keperluan untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer sebagai BBM berasaskan TMm hendaklah dipertingkatkan agar gruru menjadi lebih kreatif dalam membina bahan yang memudahkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
               Berdasarkan kajian - kajian yang lalu tidak dapat disangkal akan kepentingan penggunaan teknologi komunikasi dan teknologi multimedia dalam meningkat dan penambahbaikan proses pengajaran guru dalam bilik darjah.Malah didapati terdapat peningkatan minat dalam motivasi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm.

KESIMPULAN


               Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya tinggi.Tidak dinafikan juga terdapatnya beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran.Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor - faktor lain iaitu jantina , lokasi sekolah dan bidang pengkhususan  guru tidak memberikan yang signifikan  kepada persepsi mereka terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam kalangan guru - guru j-QAF.Hal ini menunjukkan bahawa kemampuan dan upaya guru itu sendiri penting dalam membina persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm disekolah mereka.

RUJUKANSiti Fatimah Ahmad
Abdul Halim Tamun


x