Monday, 9 March 2015
Perisian aplikasi yang unik ( Bukan perisian Microsoft mahupun Produk Windows) yang boleh digunakan untuk pembelajaran
CREATIVE COMMON LICENSE DALAM PENYAMPAIAN MAKLUMAT
CREATIVE COMMON LICENSE
PENGENALAN
Perbadanan Creative Common License bukan firma guaman dan tidak menawarkan undang-undang.Pengedaran lesen ini tidak mewujudkan hubungan peguamcara dan anak guam.Creative Cammon membekalkan maklumat ini dalam sedia ada.Creative Cammon tidak memberi waranti mengenai maklumat yang dibekalkan dan menolak liabiliti untuk kerugian yang diakibatkan penggunaannya.Karya tersebut diperuntukkan dibawah terma-terma lesen awam Creative Cammon (LACC atau LESEN).Karya tersebut dilindungi hak cipta dan undang-undang lain yang berkenaan.Sebarang penggunaan karya tersebut selain daripada yang dibenarkan di bawah undang-undang hakcipta atau yang diberi kuasa di bawah lesen ini diantara anda dan pemberi lesen adalah dilarang.Hakcipta,karya,anda dan pemberi lesen mempunyai maksud seperti yang diberikan di bawah.
Dengan menggunakan sebarang hak-hak kepada karya tersebut yang diperuntukan di sini,anda menerima dan bersetuju untuk diikat oleh terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.Pemberi lesen memberikan hak-hak yang dikandungi di sini sebagai balasan kepada penerimaan anda akan terma-terma dan syarat-syarat ini.
DEFINISI
a)"ANDA" ertinya seorang individu atau entiti yang melaksanakan hak-hak di bawah lesen ini,yang tidak pernah melanggar syarat-syarat lesen ini berhubung dengan karya tersebut atau yang telah menerima kebenaran yang nyata daripada pemegang lesen untuk melaksanakan hak-hak di bawah lesen namun terdapat pelanggaran.
b)"KARYA KOLEKTIF" ertinya karya tersebut keseluruhannya dalam bentuk tidak diubahsuai,bersama dengan sebilangan karya-karya yang berasingan dan bebas,digabungkan kesemuanya secara kolektif.
HAD-HAD
Hak-hak yang dilesenkan adalah pada setiap masa tertakluk kepada syarat dan terma seperti berikut :
a) Dibenarkan meyampaikan kepada awam,menunjuk,menayangkan atau mengedarkan karya tersebut dibawah terma-terma dan syarat-syarat lesen ini.
b) Mesti merujuk kepada lesen ini dan memasukkan sesalinan pengenalpasti sumber seragam (uniform resource identifier)(PPS) untuk lesen ini dalam setiap salinan karya tersebut.
c) Dilarang menawarkan atau mengenakan sebarang terma-terma ke atas pengguna karya yang akan mengubah atau menghadkan terma-terma lesen ini atau apa-apa hak yang diberikan di bawahnya atau penggunaan hak-hak yang diberikan oleh penerima.
d) Dilaran memberi sublesen karya tersebut.
e) Mesti mengekalkan semua notis-notis yang merujuk kepada lesen ini dan juga terhadap penolakan warati-waranti.
PENAMATAN
Lesen ini dan hak-hak yang dilesenkan akan ditamatkan secara automatik oleh sebarang pelanggaran terma-terma lesen ini.Penamatan ini tidak akan memusnahkan atau mengurangkan kuasa atau kesan ikatan sebarang peruntukan dalam lesen ini yang secara nyata atau tersirat akan terus kekal atau terus kekal dan berkuasa setelah penamatan tersebut.Lesen-lesen dari orang yang menerima karya terbitan atau karya kolektif daripada anda di bawah lesen ini tidak akan ditamatkan selagi orang tersebut mematuhi lesen-lesen mereka.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya,dapatlah disimpulkan bahawa creative common ini perlu diberi perhatian terhadap penggunaannya untuk menjaga hasil karya pencipta dan memberi tahu dunia apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan hasil karya mereka yang telah dihak ciptakan.Pengguna perlu memilih lesen yang sesuai untuk karya mereka .
Thursday, 26 February 2015
MASALAH PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan pada masa kini telah menjadi sesuatu yang penting dan semakin meluas sama ada dalam bidang perniagaan, pembangunan dan kini mula digunakan dalam bidang pendidikan. Pengintegrasian teknologi maklumat dalam bidang pendidikan kini semakin dititik beratkan oleh kerajaan. Dipercayai dengan menggunakan teknologi maklumat dalam pendidikan secara menyeluruh mampu meningkatkan tahap kemahiran pelajar-pelajar untuk mendapatkan maklumat dengan berkesan seterusnya dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam pendidikan.
Pengintergrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) memberi manfaat serta impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru Bahasa Melayu. Namun begitu, terdapat pelbagi masalah yang menjadi kekangan bagi memanipulasikan teknologi ini.
Definisi Teknologi Maklumat
Teknologi maklumat merupakan satu alat utama dalam era maklumat. Alat ini digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebar maklumat terutama maklumat berbentuk digital. Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Bidang ini merupakan kajian tentang penggunaan proses dan perkakasan dalam menangani maklumat yang pelbagai bentuk. Pada masa kini, istilah teknologi maklumat telah diperluaskan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai TMK.
Menurut Senn(1998) teknologi maklumat mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu guna. Gabungan ketiga-tiga komponen ini memberi peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya. Ketiga-tiga komponen ini tidak boleh terpisah. Komputer dan rangkaian komputer tidak berguna jika kita tidak pandai menggunakannya.
Kekangan Yang Dihadapi Guru
ICT merupakan sesuatu yang baru dalam bidang pendidikan. Oleh itu, untuk merialisasikan penggunaan ICT dalam pembelajaran, terdapat masalah-masalah yang terpaksa dihadapi oleh guru-guru. Permasalahan yang timbul dalam pengintegrasian ICT dalam pengajaran bahasa antaranya ialah:
· Tahap kemahiran guru
· Penerimaan guru terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
· Kekangan dalam menghabiskan sukatan pelajaran
· Kemudahan teknologi tidak mencukupi
· Sistem selenggaraan yang kurang cekap
Tahap kemahiran guru
Dalam pendidikan hari ini, penggunaan bahan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu perkara yang penting bagi guru-guru. Penggunaan ICT ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kefahaman para pelajar dengan baik. Para pelajar dapat mencari maklumat dan bahan-bahan pembelajaran dengan mudah dan cepat dengan menggunakan alat teknologi seperti komputer, internet dan sebgainya.
Untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaraan bahasa, seseorang guru harus mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut agar dapat dilaksanakan dengan lancar dan baik. Walau bagimanapun, masih kurang guru yang benar-benar mahir dalam bidang tersebut. Guru-guru yang telah lama mengajar dalam bidang bahasa khususnya kurang berpengalaman dan pendedahan dengan penggunaan ICT, oleh itu, guru tidak mahir untuk membuat perancangan pengajaran berdasarkan ICT. Perkara sedemikian menyebabkan timbul permasalahan di mana penginterasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Guru-guru yang tidak mahir juga akan hilang keyakinan untuk melaksanakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas atau di makmal komputer.
Kekangan masa dalam menghabiskan sukatan pelajaran
Kekangan masa yang dihadapi oleh guru-guru dalam menghabiskan silibus menghalang guru-guru menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud kerana guru-guru terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyelengara peralatan serta kadang kala menghadapi masalah dalam melayari internet.
Kemudahan teknologi tidak mencukupi
Bagi merialisasikan pengintegrasian teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran kemudahan seperti makmal komputer dan peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat harus mencukupi. Terdapat sekolah yang menghadapi masalah kekurangan komputer serta tidak terdapatnya kemudahan internet. Keadaan ini menyebabkan sukar bagi guru-guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.
Sistem Selenggaraan yang Kurang Cekap
Sistem penyelenggaran bahan teknologi maklumat di sekolah yang tidak cekap menjadi salah satu punca permasalahan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Peruntukan kewangan yang lambat serta tidak mencukupi untuk proses penyediaan kemudahan teknologi maklumat di sekolah-sekolah juga menjadi punca timbulnya permasalahan dalam proses pengintegrasian.
Penutup
Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan perkara yang penting yang perlu dipraktikkan oleh guru-guru. Usaha ke arah pengintergrasian ini memerlukan sokongan daripada pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Pada masa kini guru-guru tidak dapat mengelak daripada penggunaan ICT sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam pengurusan data-data murid di sekolah. Oleh itu, guru-guru harus berusaha mempertingkatkan kemahiran diri dalam bidang ICT sejajar dengan perubahan pendidikan masa kini.
KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan ICT dalam penajaran dan pembelajaran (P&P) dikalangan guru.Kajian ini menggunakan teknik tinjauan temubual dan cerapan terhadap guru.Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif .Dapatan kajian mendapati guru - guru kurang menggunakan ICT yang tidak sempurna dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia.
PENDAHULUAN
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa penyaluran maklumat yang lebih berkesan khususnya dalam bidangh sains dan matematik seharusnya menggunakan peralatan terkini iaitu penggunaan teknologi maklumat.Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)yang menggunakan papan hitam dan kapur bertukar kepada kaedah yang lebih canggih iaitu penggunaan komputer , bahan eletronik , LCD ,Kamera video dan sebagainya.
Dalam era digital ini , komputer digunakan untuk menyelesaikanpelbagai masalah.Salah satu penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melalui penggunaan komputer.Dinegara kita , pengetahuan dan penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang.
Guru dan pelajar digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk pengajaran sains dan matematik serta bahasa inggeris yang dibekalkan oleh KPM guru - guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh KPM menurut Kassim Abbas (2006).
CD-ROM atau ingatan baca sahaja , cakera padat merupakan salah satu media yang dapat digunakan untuk membantu proses P&P.Penggunaan CD-ROM sama pentingnya dengan penggunaan buku rujukan, malah kerana saiznya yang kecil ia mudah disimpan dan dibawa.Isi kandungannya pula lebih banyak dapat disimpan.
KEPENTINGAN INTERNET KEPADA GURU
Teknologi pengajaran adalah satu konsep pembelajaran yang mengaplikasikan kemajuan dan kemudahan teknologi semasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Menurut Abd Rahim Mohd Saad (1996) abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan di sekolah dan institusi pengajian tinggi, industri dan sektor pedagangan.
Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah meninggalkan impak yang kuat.Penggunaan internet memberikan banyak manfaat kepada guru khususnya dalam mempengaruhi cara seseorang guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
KELEBIHAN PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Antara kelebihan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :
1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
1)Mengubah peringkat membuat keputusan :
Kebiasaannya penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan,bukan semasa peringkat merancang dan menentukan kurikulum.Oleh itu maka terjadilah penggunaan media secara sesuka hati tanpa berdasarkan perancangan yang sistematik.Dengan penerimaan teknologi pengajaran dalam peringkat perancangan kurikulum,perancang kurikulum dapat bekerjasama dengan pereka pengajaran untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah.Cara ini akan lebih menjamin keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan kurikulum yang telah digariskan.
2)Mengubah pengalaman pembelajaran :
Tanggapan masa kini terhadap pengalaman pembelajaran terjadi bukan secara tidak sengaja tetapi sengaja diadakan.Oleh itu pengalaman ini perlu diadakan melalui perancangan yang rapi.Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh membantu setiap pelajar mendapat pengalaman pembelajaran yang khusus bagi menguasai sesuatu perkara.Secara amnya menyifatkan teknologi pengajaran sebagai satu bidang yang berusaha kearah meningkatkan kualiti atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Friday, 23 January 2015
VIDEO PEMBELAJARAN
Semua orang islam tahu membaca surah Al Fatehah tetapi ramai yang tidak tahu akan makna - makna setiap ayat yang dibacakan.
Kawan - kawan semua....
Marilah kita sama - sama membacakan surah Al Fatehah serta maknanya sekali....
Bukan sahaja orang tua yang boleh menghafaz maknanya malah kanak - kanak juga dapat menghafaz dengan mudah kerana dijadikan lagu bagi memudahkan proses mengingat...
Video yang unik ini memaparkan betapa mudah dan senang untuk kita mnghafaz makna bagi surah Al Fatehah..
Jom tonton untuk kita dan anak - anak..
PERSEPSI GURU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BERASASKAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA DALAM PENGAJARAN J-QAF
Artikel ini membincangkan penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran guru j-QAF.Dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran , penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat amat efektif dan sesuai kepada para pendidik.Ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan persepsi guru j-QAF terhadap penggunaan BBM berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran mereka.Hasil kajian mendapati bahawa guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi terhadap penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.
PENDAHULUAN
Era perkembangan teknologi maklumat telah mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan.Kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks masyarakat berpengetahuan ini semakin hari semakin meningkat.
Perkembangan pesat dalam pembangunan industri negara dan ledakan teknologi maklumat dapat membantu meningkatkan penggunaan teknologi inovasi dan konvosional kearah memartabatkan sistem pendidikan bertaraf dunia dan pengguna modal insan pelajar.
PENGGUNAAN BBM BERASASKAN TMm DALAM PENGAJARAN
Perkembangan semasa pendidikan negara mengambarkan peningkatan dan perubahan dalam aspek P & P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari masa ke semasa.Pengkaji mendatangkan beberapa kajian berhubung dengan penggunaan teknologi komputer dan multimedia.Kajian - kajian ini menunjukkan kepentingan penggunaan BBM berasaskan TMm dikenalpasti dapat meningkatkan keupayaan kompetensi guru .
Perkembangan semasa pendidikan negara menggambarkan peningkatan aspek P&P guru yang perlu diperbaiki dan dimurnikan dari masa ke semasa.
Tidak dapat disangkal lagi, penggunaan BBM berasaskan TMm menjadi satu kepentingan dalam sistem pendidikan seluruh dunia.Walau bagaimanapun penggunaan BBM secara tradisional masih releven dengan kehendak semasa pendidik.
LATARBELAKANG MASALAH
Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru.Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem teknologi pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan penggunaannya akan menambah kualiti penyampaian guru.
Guru bahasa arab menghadapi masalah dari segi kemampuan mengusai penggunaan BBM dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti bahan mengajar melalui internet , penggunaan slaid dan komputer , grafik , video dan penggunaan gambarrajah. Masalah yang dihadapi ini menggambarkan kelemahan guru dalam menguasai pelbagai BBM bagi pengajaran dan pembelajaran bahasa arab.Masalah ini juga mempunyai kaitan dengan sesetengah sekolah dimana sekolah tersebut tidak mempunyai prasarana yang diperlukan disamping guru yang memandang ringan tentang penggunaan BBM.
Berdasarkan penyataan masalah ini sekiranya kesediaan guru j-QAF dalam menggunakan BBM berasaskan TMm masih belum di kaji secara menyeluruh samada oleh pihak sekolah , pihak kementerian pelajaran atau para penyelidik lain.Oleh itu sukar untuk mengenal pasti keberkesanan dalam proses P&P serta mutu pendidikan berkualiti.
PERBINCANGAN
Berdasarkan kajian ini didapati guru j-QAF mempunyai persepsi yang tinggi dalam penggunaan BBM berdasarkan TMm dalam pengajaran dan pembelajaran.Strategi dan pendekatan menggunakan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran guru perlu dirangka bagi merangsang dan menyuntik minat pelajar terhadap gaya penyampaian guru dalam bilik darjah.Gaya penyampaian merupakan aspek penting didalam proses pengajaran.
Guru j-QAF harus peka dengan senario yang berlaku dalam dunia pendidikan semasa.Kelebihan media eletronik dalam pendidikan perlu dimanfaatkan oleh guru j-QAF kerana media tersebut membantu dalam mencakup keupayaan input , paparan , penyimpanan , pencarian , penyalinan dab animasi.
Faedah yang diperolehi dengan menjadikan elemen teknologi multimedia sebagai BBM didalam bilik darjah harus dimanipulasikan semaksimum mungkin kerana dapatan hasil kajian menunjukkan banyak kebaikan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu sikap guru -guru j-QAF dalam menerima perubahan ini adalah penting bagi memastikan P&P mereka lebih efektif dan kreatif .Keperluan untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer sebagai BBM berasaskan TMm hendaklah dipertingkatkan agar gruru menjadi lebih kreatif dalam membina bahan yang memudahkan kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.
Berdasarkan kajian - kajian yang lalu tidak dapat disangkal akan kepentingan penggunaan teknologi komunikasi dan teknologi multimedia dalam meningkat dan penambahbaikan proses pengajaran guru dalam bilik darjah.Malah didapati terdapat peningkatan minat dalam motivasi pelajar terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm.
KESIMPULAN
Kajian mendapati persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm secara puratanya tinggi.Tidak dinafikan juga terdapatnya beberapa masalah dan halangan secara teknikal dalam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan BBM berasaskan TMm dalam pengajaran.Kajian ini juga menunjukkan bahawa faktor - faktor lain iaitu jantina , lokasi sekolah dan bidang pengkhususan guru tidak memberikan yang signifikan kepada persepsi mereka terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm dalam kalangan guru - guru j-QAF.Hal ini menunjukkan bahawa kemampuan dan upaya guru itu sendiri penting dalam membina persepsi guru terhadap penggunaan BBM berasaskan TMm disekolah mereka.
RUJUKANSiti Fatimah Ahmad
Abdul Halim Tamun
x
ULASAN PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
PERANAN ICT DALAM PENYEBARAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI
Artikel ini ditulis oleh Prof.Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al - Edrus merupakan Pengarah Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Ustaz Mohd Lutfi Solehan yang merupakan Penolong Pendaftar Fakulti Pengurusan Teknologi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.
Dakwah merupakan satu amanah ilahi yang bersifat mulia atau sakral.Pekerjaan yang diwariskan oleh Allah kepada para anbiaya' dan awlia' dari satu generasi ke generasi yang lain.Sebagai contohnya gerak kerja para Nabi dan Rasul sebagai da'i didalam menyampaikan syariah Allah kepada ummatnya.Mereka dibekalkan dengan ilmu dakwah yang mantap dan cekap yang mencernakan kualiti unggul ulu al bab.
MAKNA DAKWAH
Dari segi bahasa ialah dakwah diambil daripada perkataan arab dan merupakan masdar ( Kata benda ) dari kata kerja da'a yud'u yang bererti panggilan , seruan atau ajakan.
Dalam Kamus dewan ada diberi penjelasan bagi perkataan dakwah, antaranya ialah kegiatan menyeru dan membimbing serta meyakini secara baik dalam usaha mempengaruhi orang lain supaya menyedari dan mengamalkan ajaran agama islam.Patuh kepada ajaran islam dengan lebih sempurna seperti tingkah laku , pergaulan dan cara berpakaian moden sekarang.
DARI SEGI ISTILAH
Dakwah islamiah sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran , pengembanagn dan pemahaman islam sebagai ad - din yang diamalkan dan diterima pakai.
Setelah diangkat menjadi rasul , Nabi Muhammad melakukan dakwah islam samada secara lisan , tulisan mahupun perbuatan.Pada awalnya dakwah dilakukan secara sembunyi - sembunyi.Selepas pengikut baginda bertambah ramai barulah dakwah secara terang - terangan yang berlaku di bukit Safa'.Setelah baginda wafat , dakwah diteruskan oleh para sahabat dan berkembang seluruh pelusuk dunia.
PERKARA YANG PERLU ADA DALAM BERDAKWAH
Pendakwah hendaklah menguasai ilmu - ilmu asas yang dikenali sebagai fardu 'ain agar terhindar dari celaan masyarakat apabila mengetahui dan mendapati bahawa dakwah yang dihadapinya itu belum bersedia dengan ilmu asas yang dengannya akan mengurangkan penerimaan ,ereka kepada apa jua yang didakwahkan itu.
Penerima dakwah adalah manusia seluruhnya sama ada muslim atau kafir.Tidak semua yg menerima dakwah dan tidak semua yang menolak dakwah.
Teknologi Maklumat boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran , penyebaran , penyimpanan maklumat menggunakan teknologi seperti yang diketahui umum.Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkantelevisyen , telefon ,telefon mudah alih , fax dan sistem setelit dalam penyampaian maklumat kepada penerima.
ASAS PENTING DALAM PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tebahagi kepada tiga:
1.Teknologi maklumat adalah untuk suntingan dengan menggunakan teknologi.Copntohnya menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi.
2.Memanipulasi maklumat dan proses semula imej.
3.Teknologi maklumat digunakan untuk komunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.
KESAN ICT DALAM DAKWAH
1.KESAN POSITIF
- Keupayaan menghantar ,menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluaskan.Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan dakwah dan sasarannya sahaja, malah boleh dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik - bilik seminar dan bukan lagi disempadani batu - batu dan kayu, sebaliknya dialam maya.
- Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat dan mudah dengan adanya email, sesuatu maklumat dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara , masa dan ruang. Penggunaan dakwah melaui multimedia dapat mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam Malaysia samada yang berada didalam nagara mahupun diluar negara.
2.KESAN NEGATIF
PENGARUH BUDAYA ASING
- Terdapat unsur - unsur negatif yang menular termasuklah dalam budaya tempatan.Ini menjadikan sesuatu dakwah yang hendak disampaikan tidak tepat dan mungkin akan dieksplotasikan oleh fahaman - fahaman yang menyimpang dari ajaran islam sebenar.
MENJEJASKAN KESIHATAN
- ICT mengeluarkan radiasi elektromagnetik yang dikaitkan dengan kenser barah dan keguguran kandungan.
KESAHIHAN MAKLUMAT
- Maklumat yang tepat dan benar adalah penting untuk menjamin tidak berlakunya penyelewengan dan kepalsuan fakta terutama dalam soal ilmu keagamaan yang perlu dipastikan kebenarannya.Oleh itu seseorang perlu merujuk sumber asal bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan.Rujukan maklumat semata - mata kepada internet tanpa pengesahan akan menimbulkan masalah tentang kebenaran fakta sesuatu maklumat.
PELAYARAN WEB NEGATIF 2.2
- Ketagihan terhadap laman web negatif mencetuskan kerosakan maruah , nilai , keperibadian , dorongan terhadap jenayah seksualiti , masalah perundangan , perhubungan interpersonal dan pembaziran wang serta masa.
KEPERLUAN NILAI DAN ETIKA DALAM DAKWAH ICT
- Kehadiran ICT merupakan media yang dapat dihindari.Ini kerana ia telah menjadi satu peradaban baru dalam dunia informasi dan komunikasi di peringkat global.Dengan adanya ICT maka banyak informasi yang dapat diterokai oleh masyarakat diseluruh dunia tidak mengira samada untuk kepentingan peribadi , pendidikan , bisnes dan lain - lain.
NILAI MURNI
- Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina kerohanian , kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat.Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat.
NILAI MORAL
- Merupakan nilai asas dan fundamental didalam pembinaan individu dan masyarakat.Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkankebenaran perlu ditingkatkan didalam masyarakat dewasa ini.
NILAI ETIKA
-Merupakan masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan sosial , membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas yang berhemah.Islam sebagai contoh telah menyediakan asas masyarakat yang beretika.
NILAI KEROHANIAN
- Tidak dapat dinafikan akan kepentingannya.Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan , ketahanan dan peribadi seseorang.Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang.
NILAI BUDAYA
-Nilai -nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa.Budaya masyarakat melayu islam terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat , kepercayaan , tradisi , bahasa , baik hati dan lain - lain lagi.
NILAI JUJUR
- Kejujyran adalah asas dalam pelakuan manusia.Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada keikhlasan dan kejujuran.
PENGGUNA ICT MAKSIMA
-Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam penggunaan mekanisma dakwah .Kemudahan ICT sepatutnya digunakan secara maksima dalam rangka dakwah yang sesuai dengan ajaran islam.
-Aspek iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membina umat islam yang kuat dan mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapinya.
-Oleh itu, berdakwah melalui ICT dapat dinilai sebagai mekanisma yang efektif dan berpotensi dengan beberapa alasan , antaranya mampu melangkaui batasan ruang dan waktu serta berpengaruh dalam penyampaian misi dakwah.
Subscribe to:
Posts (Atom)